24 Jam Yang Mencabar, 1600KM Ditempuhi

1000 batu atau 1600km dalam masa 24 jam... Kerja gila gak tu... Tapi tentu nya exciting dan penuh cabaran untuk bikers nubis macam saya. Tetapi saya pernah membaca yg di Malaysia dah ramai bikers yg pernah melakukan nya. Kata org, jika nak merasai, kenalah buat sendiri dan dapatkan pengalaman itu.

Setelah 2-3 minggu mengumpulkan kawan2 dan rakan2 yg baru saya kenali, kami dapat satu group dgn keahlian sebanyak 7 orang. Semuanya dgn impian yang sama, utk pengalaman peribadi dan kepuasan bermotor. Kami semua bersetuju dengan keutamaan seperti berikut;
1)Semua pulang dgn selamat.
2)Semua complete route.
3)Semua cuba sampai dalam masa ditetapkan.
4)Ianya tak mengapa kalau kita failed. Kita cuma mahukan pengalaman nya sahaja.
5)Ini bukan perlumbaan. Ianya mengenai displin ride berkumpulan.



9/9/17
06:00, odometer:9772km
kami semua berkumpul di Bard Cafe, Kg Jawa Klang utk memulakan trip 24 jam ini. Zamri dari Butterworth telah memulakan perjalanan malam tadi utk bersama2 kami di Klang. Selepas sarapan, pkl 7 pg, kami memulakan perjalanan di escort oleh Kurt Kudean selaku "witness" kami. Perjalanan kami melalui Nkve dan kemudian nya memasuki Plus highway arah utara.

09:21,Odometer:9982km
Kami tiba di Petronas Simpang Pulai. Isi minyak dan rehat 10 minit. Kemudian gerak semula, kali ini Zamri selaku leader. Kami memasuki ke Butterworth-Kulim expressway menuju ke Kupang.


12:25 odometer:10,205km
Tiba di Caltex Bukit Timah, Kupang. Kami isi minyak dan ambik gambar odometer seperti telah kami lakukan di checkpoint2 sebelumnya. Setelah berehat, kami bergerak semula melalui jalan kupang-gerik. Sampai di simpang Gerik, kami regroup dan kemudian meneruskan perjalanan. Speed sekitar 100-120km/j. Kami menghadapi hujan dalam perjalanan kami, walaubagaimana pun kami sempat berteduh di hentian Titiwangsa. Setelah reda, kami meneruskan perjalanan kami.


15:12, Odometer 10,382.
Tiba di Petronas Jeli. Disini kami refuel dan berehat selama 40 minit utk makan dan solat. Sebelum ini kami cuma mengambil masa 10 minit utk refuel. Selepas makan, kami bergerak semula melalui air lanas, tanah merah, machang, jerteh dan kemudian nya di bandar Permaisuri, setiu.

17:55 odometer 10,514.
Kami berhenti di Caltex Bandar Permaisuri utk refuel. Masih sempat lagi membeli air utk di minum dalam perjalanan nanti. Setelah semua selesai mengisi minyak, kami gerak lagi. Kali ini menuju LPT2. Apabila sampai di persimpangan Bukit Besi, kami keluar dari lebuhraya dan singgah solat di surau berdekatan dgn tol.

19:59, odometer 10,641
Kami refuel di Shell, exit bukit besi. Jarak nya cuma 1 km dari plaza tol. Oleh kerana tiada petrol pam di LPT2, maka Shell ini lah tempat terdekat utk refuel. Kami kemudian nya masuk kembali ke highway. Kemudian nya keluar di exit Kuantan dan menuju ke Pekan.

22:05, odometer 10,831.
Kami refuel di BHP Pekan dan kemudian nya kami makan malam di sebuah kedai berhampiran dgn BHP tersebut. Rehat selama 40 minit sahaja. Kemudian nya kami bergerak menuju ke Nenasi, Rompin hingga lah ke Mersing. Jalan agak gelab tetapi banyak bas dan lori.

00:55, odometer 10,990.
Kami tiba di Petronas Mersing utk mengisi petrol. Mujur ada petronas yg buka 24 jam. Saya bertanya dgn Eddie, samada kita on time? Eddie selaku time keeper utk trip ini berkata yg kami dah lewat 40 minit dan mustahil utk kami sempat selesaikan perjalanan ini dalam masa 24 jam jika kami ikut plan asal. Tapi sebenarnya kami telah berbincang semasa makan, jika kita tak cukup masa, kita akan melalui felda nita dan keluar di Keluang. Asalnya kami akan ke kota tinggi dan ulu tiram sebelum ke highway PLUS. Mileage 1600km masih boleh di capai cuma kami akan melalui kawasan yg agak bahaya kerana mungkin terdapat haiwan berkeliaran diatas jalan. Selepas refuel kami melalui jalan felda nita yg banyak corner dan hampir tiada lampu jalan hingga ke kahang. Zamri ketika ini agak kepenatan kerana dia dah berjaga lebih dari 24 jam. Setelah keluar dari keluang, kami masuk ke highway plus menuju ke KL. Zamri terpaksa berhenti rehat di RnR Pagoh kerana kepenatan dan mengantuk. Kami teruskan hingga RnR Air Keroh.

04:12 odometer 11,232.
Kami refuel di Petronas Air Keroh. Kami rehat sebentar sambil minum air kopi dalam tin. Itu aje yg ada. Pada ketika ini Ijat dgn Yamaha R25 nya tidak kelihatan. Rupa2nya dia mengalami sedikit masalah kerana motor dia mati dlm perjalanan. Bagaimanapun masalah itu dapat diselesaikan, tapi dia terpisah dari group kami. Kami meneruskan perjalanan kami melalui elite highway kemudian nya utk menambah mileage, kami keluar di nkve. Selepas itu kami sampai ke Bard Cafe pada pkl 06:16 dgn bacaan odometer 11,401. Total mileage perjalanan kami ialah 1,629km dalam masa 23 jam 16 minit. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Participant
1)Jaa-Honda CB500X
2)Ashburn-Triumph Street Twin
3)Jo-Honda CB500X
4)Fikri-Kawasaki Z1000
5)Eddie-Honda CB500X
6)Zamri-Honda CB500X
7)Aizat-Yamaha R25



Tulisan : Abg Jaa

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MBC Kini 16 Tahun

VX 1000miles Troopers Berjaya Pusing Semenanjung Dalam Masa 23 Jam 16 Minit.