Posts

Pusing Semenanjung Dalam Masa 24 Jam

Image
Impian . Semua orang mempunyai impian. Minggu ini sekumpulan bikers akan mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 1600km dalam masa 24 jam. Salah seorang penggerak ialah Abg Jaa, yang juga diantara ahli terawal MBC 2001. Ride akan bermula di Kelang selepas Subuh 9hb September dan akan tiba di semula sebelum Subuh 10hb September 2017. Dari Kelang ke Utara, Pantai Timur dan seterusnya ke Selatan. Kami di MalaysianBikers.com mengucapkan "Selamat Menunggang, semoga selamat semuanya." Boleh follow di FB Jaa Suzali.

RXZ Paling Rare Dijumpai

Image
Gambar Sumber FB RXZ Bosozoku? Rare? Hobi kami mahal? Kami x ramai? Ramai yang mengutuk kehadiran Yamaha RXZ dengan konsep Bosozoku. Memang Rare tapi telinga kena tahan cacian. Apa itu bosozoku? Dari Wikipedia "Bōsōzoku (暴走族, literally "running-out-of-control (as of a vehicle) tribe") is a Japanese youth subculture associated with customized motorcycles." Gambar Sumber Internet Bosozuku pada asalnya adalah gang motosikal. Mereka membuat pelbagai kesalahan seperti memandu terlalu laju atau terlalu perlahan, menguasai highway dan jalan raya, tidak membayar tol dan lain-lain. Kini, Bosozoku merupakan subculture belia bermotosikal. Motosikal naked dipasang top cowling dan dipadankan dengan handle tinggi. Mereka mengubahsuai ekzos dengan bunyi-bunyian yang sedikit 'pelik'. Gambar Sumber Internet Jadi jangan pelik ye. Hobi masing-masing. Duit pun masing-masing. 

3 Motosikal Lagenda Sebelum Era Millennium

Image
3 motosikal yang boleh dikira lagenda pada zamannya. Bukan semua mampu milik pada masa itu, namun itulah impian hampir semua peminat motosikal pada zaman itu. Kemampuan membeli mula meningkat, jadi meningkat juga kemampuan untuk membeli motosikal. Dari C70 ke EX5 dan seterusnya RXZ.  Honda C70 - Sumber Internet Honda C70 bermula lebih awal. Lanjutan dari model C50. Model awal lampu bulat, gear belakang dan seterusnya model yang lebih moden dengan CDI dan lampu petak. Honda EX5 - Sumber Internet Honda EX5 mula mendapat perhatian apabila mula diperkenalkan. Kebanyakkan peminat upgrade dari C70 ke EX5. Rekabentuk lebih moden dan CC yang lebih besar. Yamaha RXZ - Sumber Internet Yamaha RXZ diperkenalkan dengan model 5-speed. Memang menjadi igauan anak muda pada ketika itu. Seterusnya dengan model 6 speed dan kini, ianya masih tetap lagenda.

MR DIY Kini Menjual Aksesori Motosikal

Image
MR DIY, gedung menjual barang-barang pelbagai kini menambah barangan terbaru iaitu aksesori motosikal. Buat permulaan beberapa jenama diperkenalkan iaitu Bateri Koyoko, ARC Helmet & Pelincir Castrol. Ini pasti memberi saingan kepada kedai-kedai sparepart dan yang paling penting memudahkan pembeli yang jenis pasang sendiri (DIY). Kedai-kedai MR DIY berjumlah 300 buah diseluruh negara akan memudahkan lagi pembelian. Namun begitu, pada masa ini hanya kedai-kedai terpilih sahaja yang menjual aksesori ini. Untuk maklumat lanjut boleh melawat FB MR DIY. Yang terbaru, khabarnya barang-barang berjenama Racing Boy juga akan turut memeriahkan MR DIY. Kita tunggu sajalah..